Thursday 7 July 2011

:: Kenangan Tinggal Kenangan - Gunung Stong ::

hi!...kali nie nak citer lagi pasal pengalaman xpdc saya... belek punya belek album2 lama, saya t'jumpa gambar2 kenangan masa xpdc ke Gunung Stong, yang terletak di Dabong, dalam jajahan Gua Musang, Kelantan. Ketinggian gunung tersebut adalah 1,422 meter di mana ia terletak di hutan simpan Dabong.

Xpdc nie dah lama sebenarnya... tak silap tahun 2004.. herm.. dah hampir 7 tahun rupanya... masa nie saya baru jer berkhidmat dgn UiTM Melaka dan ketika ni saya ikut serta program "outdoor" pelajar2 rekreasi...

Pendakian kami ke Gunung Stong tersebut dibantu dengan seorang jurupandu, di mana semua peserta diberikan taklimat sebelum memulakan pendakian. Cabaran pertama harus ditempuh dengan mendaki menuju ke Kem Baha selama lbh kurang 2 jam. Sepanjang mendaki ke Kem Baha kami disajikan dengan pemandangan indah dan menarik hutan Taman Negeri Gunung Stong serta gunung batu kapur yang berusia berjuta-juta tahun lamanya. Di sini juga pendaki berpeluang menikmati keindahan air terjun Jelawang yang mempunyai ketinggian 303 meter dari paras laut dan mempunyai 7 peringkat sepanjang pendakian. Kami mendirikan khemah berhampiran kawasan air terjun tersebut.

Kemudian, pendakian diteruskan. Sepanjang pendakian, peserta diuji dengan pelbagai rintangan, termasuk terpaksa melalui jalan yang sempit dan curam selain terpaksa memanjat batu yg tinggi serta berbahaya. Pendakian ke kemuncak mengambil masa lebih kurang 3 jam. Namun, para peserta merasakan satu kepuasan dan kejayaan hebat setibanya di puncak gunung. Kami tidak melepaskan peluang menikmati panorama dari puncak gunung dan merakamkan gambar2 kenangan semasa dipuncak. Kami dikehendaki kembali ke tempat perkhemahan semula sebelum matahari terbenam. Saksikan gambar kenangan yang sempat diambil... harap maaf, gambar mmg agak "blur"...almaklum, dh t'perap dalam album hampir 7 tahun..he..he..






Di hari terakhir sebelum turun ke kaki gunung, kami menroka air terjun kecil seakan kolam mini untuk menyegarkan badan. Dikenali sebagai Telaga Tujuh, kolam tersebut terletak kira2 1 km perjalanan dari Air Terjun Stong. Setibanya di kaki gunung, kami membersihkan diri di ruang mandi yang tersedia di Jelawang Resort. Untuk mengisi perut, terdapat sebuah restoren kampung yang berdekatan.

Suatu pengalaman yang indah saya rasakan, meskipun terpaksa meredah dengan seribu kepayahan. Kemungkinan ramai lagi yang belum sempat menjelajah ke destinasi ini, tetapi saya pasti, kiranya anda pernah pergi ia pasti membuat anda kembali lagi...

No comments: