Thursday 7 July 2011

:: Tempat2 Yang Harus Diredah ::

Hari nie saya nak buat n3 tentang tempat2 yang harus dikunjungi dengan kata lain perlu pergi!... Sememangnya ada yg masih tak tahu di mana tempat yg sesuai utk melepaskan lelah sambil mencuba aktiviti2 lasak, ekstrem serta m'cabar mental & fizikal.

Ok, bagi pencinta sukan @ aktiviti lasak @ apa jua aktiviti yang boleh mendatangkan peluh serta meningkatkan stamina, makanya kat sini saya nk syorkan 15 tempat yang menarik yg mngkn boleh m'cetus idea pd kengkawan yg sedang b'fikir2 mana tempat utk beriadah. Untuk n3 kali nie saya cuba listkan one place for each state... ok la kan...:D

So..let's check it out!

*************************************************************************************
1.Kuala Lumpur

Lokasi : ATV Adventure Park

Tidak jauh dari pusat bandar, siapa sangka anda mampu melepaskan tekanan sambil menunggang ATV yang menjanjikan pengalaman berbeza. Persekitaran ekstrem, laluan berliku dan keindahan alam semuanya cukup mengujakan jika anda pertama kali memegang handle ATV. Terletak cuma 4.8 kilometer perjalanan di belakang Zoo Negara, Hulu Klang, ATV Adventure Park menjanjikan kepuasan buat penggemar sukan ekstrem. Kali ini, pengalaman lebih mengujakan menanti kaki sukan bermotor apabila aktiviti ATV dilakukan dalam hutan. Bagi yang meminati aktiviti lasak, anda boleh mencuba ATV di Kampung Kemensah, Hulu Klang, Kuala Lumpur (berdekatan dengan Zoo Negara). Terdapat beberapa pakej disediakan, tetapi hanya ada dua pakej sahaja yang di bawah RM100:

Pakej A: RM50 - Menunggang selama setengah jam di kawasan pusat latihan mereka.
Pakej B: RM100 - Menunggang selama satu hingga satu setengah jam ke air terjun tujuh tingkat.
Pakej-pakej berikutnya sudah melebihi RM100. Tetapi jika anda ada bajet lebih, tiada masalah untuk mengambil pakej-pakej lain.



*************************************************************************************
2.Selangor

Lokasi : Taman Rekreasi Jinbara @ Chalet Rimba Jinbara

Terletak di Jalan Kg. Orang Asli, Kg. Kemensah, Hulu Klang, Selangor. Sebuah lokasi yang menyediakan perkhidmatan penginapan chalet,tapak perkhemahan,aktiviti trekking ke Air Terjun Sofea Jane, Air Terjun Batu Asahan. Terdapat juga aktiviti rekreasi, hari keluarga, digunakan sebagai lokasi penggambaran dan terdapat aktiviti memancing di Empangan Klang Gate yang berhampiran.


*************************************************************************************
3.Melaka

Lokasi : Taman Rekreasi Ayer Keroh, Melaka

Ketenangan hutan tropika yang menanti untuk diteroka. Hutan yang terpelihara membolehkan para pengunjung mengalami suasana sebenar kindahan rimba asli. Kebanyakan pokok dilabelkan untuk kemudahan paran pengunjung mengenali spesis tumbuhan hutan, pengetahuan am mengenai flora dan fauna Malaysia. Tapak perkhemahan terletak di dalam kawasan seluas kira-kira 10 hektar dan mempunyai kemudahan asas seperti air dan elektrik disediakan. Selain itu tapak untuk memanggang dan membuat unggun api serta senaman fizikal turut disediakan. Selain itu, anda juga boleh berseronok dengan berkelah atau menempuh cabaran merentas hutan. Bagi mereka yang menggemari aktiviti berjogging, terdapat trek khas untuk aktiviti ini di samping tempat senaman bagi mereka yang mementingkan kesihatan. Lebih menarik lagi dengan memerhatikan pelbagai jenis burung dan serangga yang terbang serta berkeliaran bebas di sini. Hutan Rekreasi Air Keroh turut mempunyai taman-taman khas sepertiTaman Prasejarah, Taman Cerita, Taman Orang Asli dan Taman Rusa. Hutan Rekreasi Ayer Keroh terletak di Lebuh Ayer Keroh menuju ke Lebuhraya Utara selatan dan terletak di kawasan perlancongan Ayer Keroh bersama Zoo Melaka , Taman Mini Malaysia dan banyak lagi. Di sini suasana yang aman tenteram hutan tropika menanti untuk diteroka.Masih belum terusik bagi membolehkan pelawat untuk benar-benar mengalami perjalanan di syurga tropika dunia.




*************************************************************************************

4.Putrajaya

Lokasi : Taman Cabaran Presint 20 @ Putrajaya

Taman Cabaran Putrajaya atau dikenali sebagai Putrajaya Extreme Park yang terletak di Presint 5, Putrajaya merupakan taman rekreasi terbaru daripada 12 taman pelbagai tema yang diwujudkan di Putrajaya. Taman rekreasi ini dibangunkan di atas tapak seluas 36.4 hektar yang merangkumi Kompleks Sukan Lasak, lapangan sukan luncur dan trek basikal lasak. Taman rekreasi yang membabitkan kos hampir RM38 juta ini dibuka kepada umum pada Jun 2009 yang lalu dan bakal menarik minat penggiat sukan lasak. Pembinaan kemudahan sukan ekstrem bertaraf antarabangsa ini adalah untuk memberi peluang kepada lebih ramai remaja untuk menyertai sukan lasak yang kian mendapat tempat di kalangan golongan tersebut. Salah satu tarikan utama pengunjung di Taman Cabaran ini adalah memanjat tembok batu. Terbaru dengan reka bentuk terkini, tembok tiruan setinggi 20 meter telah dibina dan menjadi tarikan baru di taman rekreasi ini yang hampir siap untuk aktiviti lasak. Aktiviti berbasikal pula melibatkan dua lapangan sukan basikal lasak yang dibina iaitu untuk basikal bukit dan litar BMX. Kawasan litar untuk basikal bukit sepanjang 9.1 kilometer dibina di dalam kawasan hutan semula jadi seperti ladang getah dan kelapa sawit bagi menguji tahapkehebatan sebenar pengguna beraksi di trek semula jadi. Demi keselesaan pengguna, semua kemudahan sukan lasak di taman itu secara keseluruhannya dibina mengikut piawaian antarabangsa, manakala perancangannya dibuat dengan menerapkan ciri-ciri pengekalan tumbuh-tumbuhan serta cerun asal lereng. Pengekalan kawasan hijau di sekitar Taman Cabaran ini adalah untuk tujuan pendidikan bagi menerapkan semangat cintakan alam semula jadi di kalangan masyarakat, di samping menggalakkan amalan gaya hidup sihat di kalangan mereka yang bersukan.




*************************************************************************************
5.Negeri Terengganu

Lokasi : Gunung Tebu

Gunung Tebu merupakan sebuah gunung yang terdapat di negeri Terengganu Darul Iman, Malaysia. Gunung Tebu mempunyai ketinggian setinggi 1,039 meter (3,408 kaki). Gunung Tebu adalah kemuncak paling tinggi di Terengganu dengan ketinggian kira-kira 1,039 meter (m) dari paras laut. Ia terletak di Setiu dan Keunikan bentuk muka buminya menarik kunjungan pendaki tempatan dan luar negara. Gunung Tebu sering menjadi matlamat pendaki tempatan yang kerap mengadakan kembara berkumpulan, malah ada beberapa agensi pelancongan menawarkan pakej ekspedisi menawan puncak Gunung Tebu. Mendaki gunung Tebu ini memakan masa antara dua atau tiga hari. Bagi pengunjung yang inginkan aktiviti mencabar, satu denai hutan disediakan menuju ke puncak Gunung Tebu sesuai untuk memulakan pendakian dari sini. Di Hutan Lipur Lata Belatan, pelbagai aktiviti boleh dijalankan seperti berkhemah, bersiar-siar dan trekking.


*************************************************************************************
6.Sarawak

Lokasi : Fairy Caves, Bau, Sarawak

Fairy Caves terletak di Kuching, Sarawak Borneo iaitu kira-kira 50 km dari ibu negeri. Gua adalah kira-kira 8 km ke pecan terdekat dipanggil Bau yang dahulunya merupakan bandar perlombongan emas. Fairy Caves juga dikenali sebagai gua batu kapur yang merupakan salah satu gua yang sangat indah di mana pengunjung akan menyusuri pelbagai lading-ladang lada hitam, kampong-kampung tempatan dan menikmati suasana kehijauan flora dan fauna. Gua seolah-olah telah diberikan penyusunan semula kerana terdapat laluan pejalan kaki dan tangga konkrit yang dibuat untuk pelancong dan penduduk tempatan yang pergi ke sana. Banyak aktiviti boleh dilakukan di sana, terutamanya aktiviti mendaki tembok. Pendakian tembok merupakan aktiviti sukan lasak yang mula mendapat perhatian dan minat di kalangan mereka yang gemar aktiviti lasak dan ekstrem. Fairy Caves merupakan lokasi yang paling tepat untuk melakukan aktiviti seumpama.


*************************************************************************************
7.Sabah

Lokasi : Gua Madai, Kunak

Gua Madai terkenal sebagai sumber sarang burung layang layang yang digunakan untuk membuat sup burung layang layang. Gua ini terletak di pantai timur Sabah dalam bahagian Tawau. Gua Madai terletak berdekatan jalan raya Lahad Datu-Tawau. Persimpangan keluar untuk ke gua ini terletak 69 km dari Lahad Datu. Jangan terlewat papan tanda yang menyatakan lokasi ‘Gua Madai’. Gua ini terletak 3 km dari persimpangan tersebut.



*************************************************************************************
8.Pahang

Lokasi : Taman Negara, Pahang

Taman Negara atau lebih dikenali sewaktu masa dahulu dengan nama Taman Negara King George V.Tahun 1938 adalah tarikh di mana taman negara telah diwartarkan sebagai 'Taman Negara'. Taman Negara terletak di kawasan seluas 4,343 kilometer persegi yang meliputi 3 buah negeri iaitu Pahang (2,477km persegi), Kelantan (1,043km persegi) dan Terengganu (853km persegi). Puncak tertinggi ialah Gunung Tahan pada ketinggian 2,187 meter dari aras laut. Hutan Hujan Tropika di sini masih lagi berstatus hutan primer adalah dianggarkan telah berusia 130 juta tahun dan menjadikan ia adalah Hutan Hujan Tropika yang tertua di dunia. Taman Negara ini sangat unik dari segi ekosistem dan bio-diversitinya didiami oleh perbagai spises fauna dan flora yang telah hidup secara semulajadi jutaan tahun duhulu tanpa diganggu. Taman Negara juga adalah salah satu destinasi pelancongan yang terkenal di serata dunia,Pelbagai aktiviti yang di tawarkan kepada pelancong di Taman Negara Pahang ini,Seperti jungle trekking,Canopy Walk,Teresek Hill,Rappid Shooting,Lata Berkoh,Kelah Santuary,Camping,Trip Memancing,Visit Orang Asli,Tempat Melihat Binatang (Hide),Night Safari,River Safari,Bamboo Rafting,Team Building dan mandi-manda.Jika anda inginkan aktiviti lasak,Taman Negara Pahang ada menyediakan aktiviti ini seperti mendaki Gunung Tahan,bermalam di dalam Gua (inner Jungle),Tenor Trail dan sebagainya.




*************************************************************************************
9.Perlis

Lokasi : Taman Rekreasi Bukit Ayer

Bukit Ayer terletak di Sungai Batu Pahat, Perlis. Bersesuaian dengan kesegaran persekitaran dan kesuburan tumbuhan hijau serta kedinginan air terjun, Bukit Ayer lengkap untuk dijadikan tarikan kepada sesiapa yang sememangnya cintakan alam semulajadi. Ia merupakan tempat yang paling baik untuk pengunjung sekeluarga menjalankan aktiviti perkemahan serta berkelah di sini. Disamping itu juga terdapat kemudahan awam disediakan bagi memudahkan pengunjung yang berkunjung ke sini. Hutan Lipur Bukit Ayer terletak 12 km dari Bandar Kangar. Beberapa kemudahan disediakan untuk seperti pusat penerangan, chalet, tapak perkemahan, taman permainan kanak-kanak dan kemudahan tempat letak kereta. Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau pengangkutan awam seperti bas atau teksi dari Bandar Kangar.



*************************************************************************************
10.Perak

Lokasi : Taman Rekreasi Air Panas Sg. Kelah, Sungkai, Perak

Felda Residence Hot Springs Sungai Klah sebelum ini dikenali dengan nama Taman Rekreasi Air Panas Sungai Klah (TRAP). Kawasan seluas 6.5 hektar ini yang terletak di kaki Banjaran Titiwangsa, diuruskan oleh Felda Plantation Resorts Sdn Bhd (PRSB). Ia mula dibangunkan pada awal 2003 dengan kos awal berjumlah RM5 juta dan dibuka kepada orang ramai pada Disember 2003. Berkonsep merehat-merawat-mencergas dan menyegarkan minda, ia adalah projek perintis pertama Felda di Malaysia bersumberkan air panas semulajadi yang terdapat di kawasan ini. erjalanan dari Kuala Lumpur ke Felda Residence Hot Springs adalah kira-kira 160 km. Jika mengikut had laju yang dibenarkan, pemanduan dari Kuala Lumpur ke situ mengambil masa antara sejam setengah hingga sejam 45 minit.



*************************************************************************************
11.Kelantan

Lokasi : Tasik Kwong, Rantau Panjang, Kelantan

Tasik Kwong terletak di kawasan Bukit Kwong kira-kira 20 kilometer dari Pekan Rantau Panjang, Kelantan, Malaysia merupakan sebuah tasik yang mempunyai permandangan muka bumi yang sungguh mengasyikkan dimana amat sesuai untuk mereka yang inginkan suasana ketenangan dan perkelahan bersama keluarga. Aktiviti sukan air seperti sukan jet-ski, berkayak dan berenang amat sesuai dilakukan disini. Selain itu, tasik ini juga menjadi pilihan kepada peminat sukan memancing yang ingin menjinakkan pelbagai spesis ikan air tawar termasuk kelah.



*************************************************************************************
12.Pulau Pinang

Lokasi : Air Terjun Titi Kerawang

Terletak di laluan di atas Teluk Bahang ke Balik Pulau, nama Air Terjun Titi Kerawang kurang diketahui ramai kecuali penduduk negeri ini sahaja atau pengunjung yang memang gemar ‘memburu’ air terjun. Dengan hanya berkenderaan kira-kira 40 minit perjalanan dari bandar George Town atau hanya 20 minit dari kawasan pelancongan paling popular negeri itu iaitu Batu Feringghi, lokasi yang dimaksudkan tersebut sedia menanti. Cuma kedudukan air terjunnya yang sedikit tersorok iaitu kira-kira 100 meter dari jalan besar mungkin menyebabkan ada yang terlepas pandang. Tetapi papan tanda nama Air Terjun Titi Kerawang yang jelas terpampang boleh dijadikan panduan.



*************************************************************************************
13.Kedah

Lokasi : Air Terjun Perangin @ Rimba Takwa, Sik, Kedah

Hutan Lipur Perangin Sik berada dalam Hutan Simpan Bukit Enggang yang mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Pamah. Tumbuhan utama yang terdapat disini ialah Meranti melantai, Meranti langgong dan Meranti tembaga. Hutan lipur ini juga dikenali sebagai Rimba Takwa dan ianya merupakan hutan lipur yang terawal ditubuhkan di negeri Kedah. Hutan Lipur ini menyediakan tapak perkhemahan yang boleh memuatkan 1000 peserta. Beberapa kemudahan seperti pondok rehat, padang permainan kanak-kanak, surau dan dewan disediakan untuk pengunjung.


*************************************************************************************
14.Johor

Lokasi : Pulau Perhentian

Pulau Perhentian sememangya destinasi yang mesti dikunjungi. Pulau ini terletak 21 km dari pinggir pantai Terengganu dan terbahagi kepada dua iaitu Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil. Pulau Perhentian yang dilitupi hutan yang bersih, pepohon kelapa, pantai yang putih dengan pasir yang halus dan dikelilingi air laut yang biru dan jernih merupakan tempat persinggahan nelayan, burung-burung yang berhijrah dan pelancong yang datang bercuti di sini. Lokasinya di pinggiran kawasan Taman Laut Pulau Redang bermakna perairan di sekitar pulau ini ditaburi terumbu karang dan menawarkan pemandangan bawah laut yang hebat untuk aktiviti menyelam skuba dan snokel. Lawatan bot ke pulau-pulau boleh diaturkan dan bot juga boleh disewa oleh pelancong yang ingin meneroka teluk-teluk yang terselindung. Pelancong yang gemarkan aktiviti meluncur papan air, belayar, berkenu dan memancing laut-dalam juga mesti berkunjung ke pulau ini. Antara dua pulau ini, Pulau Perhentian Kecil lebih sesuai untuk pelancong yang gemar aktiviti lasak. Di sini anda boleh mendapatkan pelbagai pilihan tempat penginapan dan makanan yang murah. Sebaliknya, Pulau Perhentian Besar, lebih membangun dan menawarkan kemudahan yang lebih selesa dan sempurna. Walau bagaimanapun, kemudahan calet, asrama dan tapak perkhemahan boleh di dapati di kedua-dua buah pulau ini.



*************************************************************************************
15.Negeri Sembilan

Lokasi : Hutan Lipur Jeram Tengkek

Hutan lipur ini terletak di Hutan Simpan Serting iaitu kira-kira 30 minit dari pekan Batu Kikir. Hutan Dipterokarp Pamah ini kaya dengan pelbagai janis tumbuhan dan landskap batu-batan yang pelbagai bentuk. Sungai Jempol dan Sungai Tanun mengalir membentuk jeram semulajadi yang sesuai untuk aktiviti berkelah. Disamping itu, di sini juga terdapat perkampungan Orang Asli untuk dilawati.

:: Kenangan Tinggal Kenangan - Gunung Stong ::

hi!...kali nie nak citer lagi pasal pengalaman xpdc saya... belek punya belek album2 lama, saya t'jumpa gambar2 kenangan masa xpdc ke Gunung Stong, yang terletak di Dabong, dalam jajahan Gua Musang, Kelantan. Ketinggian gunung tersebut adalah 1,422 meter di mana ia terletak di hutan simpan Dabong.

Xpdc nie dah lama sebenarnya... tak silap tahun 2004.. herm.. dah hampir 7 tahun rupanya... masa nie saya baru jer berkhidmat dgn UiTM Melaka dan ketika ni saya ikut serta program "outdoor" pelajar2 rekreasi...

Pendakian kami ke Gunung Stong tersebut dibantu dengan seorang jurupandu, di mana semua peserta diberikan taklimat sebelum memulakan pendakian. Cabaran pertama harus ditempuh dengan mendaki menuju ke Kem Baha selama lbh kurang 2 jam. Sepanjang mendaki ke Kem Baha kami disajikan dengan pemandangan indah dan menarik hutan Taman Negeri Gunung Stong serta gunung batu kapur yang berusia berjuta-juta tahun lamanya. Di sini juga pendaki berpeluang menikmati keindahan air terjun Jelawang yang mempunyai ketinggian 303 meter dari paras laut dan mempunyai 7 peringkat sepanjang pendakian. Kami mendirikan khemah berhampiran kawasan air terjun tersebut.

Kemudian, pendakian diteruskan. Sepanjang pendakian, peserta diuji dengan pelbagai rintangan, termasuk terpaksa melalui jalan yang sempit dan curam selain terpaksa memanjat batu yg tinggi serta berbahaya. Pendakian ke kemuncak mengambil masa lebih kurang 3 jam. Namun, para peserta merasakan satu kepuasan dan kejayaan hebat setibanya di puncak gunung. Kami tidak melepaskan peluang menikmati panorama dari puncak gunung dan merakamkan gambar2 kenangan semasa dipuncak. Kami dikehendaki kembali ke tempat perkhemahan semula sebelum matahari terbenam. Saksikan gambar kenangan yang sempat diambil... harap maaf, gambar mmg agak "blur"...almaklum, dh t'perap dalam album hampir 7 tahun..he..he..






Di hari terakhir sebelum turun ke kaki gunung, kami menroka air terjun kecil seakan kolam mini untuk menyegarkan badan. Dikenali sebagai Telaga Tujuh, kolam tersebut terletak kira2 1 km perjalanan dari Air Terjun Stong. Setibanya di kaki gunung, kami membersihkan diri di ruang mandi yang tersedia di Jelawang Resort. Untuk mengisi perut, terdapat sebuah restoren kampung yang berdekatan.

Suatu pengalaman yang indah saya rasakan, meskipun terpaksa meredah dengan seribu kepayahan. Kemungkinan ramai lagi yang belum sempat menjelajah ke destinasi ini, tetapi saya pasti, kiranya anda pernah pergi ia pasti membuat anda kembali lagi...

Wednesday 6 July 2011

Bila Ada Peluang...Keluar Dari Kepompong

What say you???
Saya pasti ramai yang sependapat bila saya ckp pasal peluang
kalau peluang tu bagus dan baik utk kita, kenapa lepaskan
betul tak???

Cerita nie takde kena mengena dgn sesiapa...
saya just nk story pd semua tntg apa yg saya rasa...
Semua org saya rasa sama saje...bila dah stress dgn kerja2
for sure nak release kan tension & rehatkan minda right?..
macam saya, sesekali dapat keluar dari ruang lingkup pejabat...
saya rasakan satu yg sangat b'manfaat klu digunakan sebaik mungkin...
bukannya nk buat benda2 yg tak berfaedah...tp ambil masa utk
lakukan sesuatu yg sihat...

R.I.A.D.A.H...
satu perkataan yg ramai org tau maksudnya...
Saya sukakan riadah & apa jua xtvt b'kaitan...
rasa semua saya nk cuba...

so...saya rasa tak t'lambat saya nk kongsi pengalaman
bila mana saya & kengkawan office b'peluang join program
"Team Building" di Felda Residence Tekam, Jerantut Pahang...
it was held on 5-7 Mac 2010... dh setahun pun b'lalu...
tapi terasa masih baru & setiap kenangan masih melekat lagi
diingatan...

ok..Felda Residence Tekam nie t'letak di Jerantut, Negeri Pahang
yang mana ianya dikendalikan di bawah Pusat Penyelidikan Tun Razak,
Jerantut Pahang. Kali pertama menjejakkan kaki ke sini saya rasa
sangat terpegun dgn rekabentuk dan susunan landskap yang sgt menarik.
Ditambah kedudukannya amat berhampiran dengan Jeti Taman Negara
di Kuala Tahan.

:: Papan Tanda Arah Ke Felda Residence Tekam ::

:: Welcome..Here I Come ::

:: Mercu Tanda Resort ::

:: ini chalet kediaman kami ::


Diringkaskan cerita, banyak aktiviti menarik yang boleh dilakukan
di sini. Sepanjang program b'lansung masa kami terisi dengan
banyak aktiviti secara berkumpulan. Selain daripada sesi ceramah
yang diatur, kami terlibat dengan aktiviti "outdoor" seperti membina
rakit sendiri & seterusnya berakit menyusuri Sungai Pahang, xtvt
survival dan aktiviti meredah gua. Sebelum tu, seperti biasa,
terdapat juga program pengisian rohani seperti ceramah, kuliah subuh
serta program senamrobik dilakukan.

:: Pengisian Rohani..kuliah subuh ::

:: Kuliah Subuh Hari Ke-2 ::

:: xtvt senamrobik ... saya la leadernye..he..he.. dah tugas org sukan ::

:: Berkumpul sebelum memulakan xtvt ::

Untuk aktiviti berakit, kami yang dibahagikan mengikut kumpulan
diarahkan membuat rakit dalam masa 1 jam dgn menggunakan 4 tong drum,
2 buluh paip pvc panjang dan 6 buluh pvc pendek. Rakit diikat m'gunakan
tali naylon dan perlu diikat secara kemas bagi mengelakkan rakit drpd
pecah dibawa arus... walaupun aktiviti ini agak m'cabar tetap ia sgt
menyeronokkan. Untuk aktiviti kedua...semua peserta dikehendaki
turun ke sungai dan merentasinya hingga ke seberang... banyak adegan2
lucu yang b'laku sepanjang aktiviti tersebut.

:: Menerima taklimat drpd instructor bertugas ::

:: xtvt m'bina rakit.. saya dilantik lead group kami ::

:: tu dia..rakit dh siap diikat kemas ::

:: dh gerak nk ke tepi sungai ::

:: cantikkan..nampak seragam & sepakat ::

:: ini group saya nye ::

:: kengkawan lain ::

:: now dh pn sampai tebing...tengok..leader kena jd tukang tarik ::

:: ni lak gambar masa xtvt survival...pergh..::



Untuk hari terakhir, kami semua dibawa ke sebuah gua, diberi nama
Gua Angin.. Dirasaka aktiviti ini sangat m'cabar walaupun nampak
mudah... kami terpaksa meneroka gua tersebut dengan mendaki dan
menuruni batu kapur yang basah dan agak licin, sehinggalah t'paksa
merangkak dalam lumpur...memang ternyata gua tersebut dinamakan Gua
Angin, kerana sepanjang eksplorasi kami..ditemui bnyk lubang2 angin
dan ketika berada di dalam gua, kesejukan angin benar2 terasa...
Alhamdulillah, walaupun t'paksa meredah dengan pelbagai kesukaran kami
semua telah berjaya menamatkan aktiviti dengan selamat tanpa seorang
puan mengalami kecederaan...

:: xtvt t'akhir..masuk gua ::

:: taklimat akhir sebelum eksplorasi bermula ::


Program kami berakhir dengan jayanya sekali dan semangat "esprit de corp"
itu dirasakan sangat berjaya dan m'capai matlamatnya... kepada rakan2
yang b'hajat utk mengadakan aktiviti riadah dan eksplorasi, saya rasakan
Felda Residence, Tekam, Jerantut ini adalah salah satu lokasi t'baik
utk dimanfaatkan... tak percaya, cuba ke sana...